Tuntutan serampang dua mata


Di sini Penulis ingin mengetengahkan satu isu yang kita nampak seperti memperjuangkan rakyat tetapi sebenarnya lebih bersifatkan serampang dua mata. Saya menggunakan istilah serampang dua mata kerana sekali imbas, seolah macam hendak menolong rakyat tetapi rupanya lebih kepada menolong satu bangsa sahaja.

Sebagai contoh, DAP menyarankan kerajaan menggunakan duit Petronas sebagai subsidi minyak. Sekilas pandang, memang nampak menolong orang susah. Tetapi sebenarnya lebih menolong orang cina berbanding golongan yang berpendapatan rendah. Kita lihatlah, orang kampong nak ke bendang kene isi minyak bayar harga yang sama (per liter) dengan pemandu kereta mewah di Bandar. Di sini, saya sudah nampak keistimewaanya lebih kepada golongan berpendapatan tinggi iaitu cina. Saya menyarankan kita perlu menolong dan memberi subsidi kepada golongan miskin sahaja akan tetapi idea saya ini pasti ditentang DAP kerana majoriti yang mendapat subsidi nanti adalah bangsa melayu. Perjuangan DAP sebenarnya untuk rakyat ke atau untuk bangsa cina?

MCA juga telah menyatakan tuntutan mereka untuk menghapuskan cukai jalan. Sekilas pandang, orang susah dapat manfaat tapi bila difikir dalam-dalam, orang yang memandu BMW, Mercedez dan lain-lain lagi mendapat manfaat yang lagi banyak berbanding golongan miskin. Jadi, kita sebenarnya nak tolong orang miskin ke atau orang kaya? Jika saya katakan cukai jalan untuk motor dihapuskan, MCA dan DAP mesti menentang kerana majoriti yang membawa motor adalah melayu.

Apa yang penulis lihat disini, perjuangan parti politik cina sebenarnya lebih kepada kaum mereka. Sebagai contoh, kerajaan tidak boleh membantu orang miskin sahaja (majoriti melayu) tetapi sepatutnya perlu treat sama adil iaitu memberi subsidi untuk semua golongan tidak kira sama ada kaya atau miskin (menyebabkan yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin). Sama juga dengan isu biasiswa, kerajaan tidak boleh asyik membantu orang miskin (majoriti melayu) tetapi perlu dibuka kepada semua orang tidak kira miskin atau kaya (orang miskin tiada kesempatan nak melanjutkan pelajaran).

Kita lihat disini bagaimana persepsi ‘ADIL’ oleh orang cina berbanding persepsi ‘ADIL’ dalam islam.

~ PEMBELA ~