KULAI 21 Jun - Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail hari ini menegur tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Gwee Tong Hiang yang tidak mematuhi etika berpakaian semasa majlis pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, kelmarin.
Sultan Iskandar menyifatkan tindakan wakil rakyat DAP itu sebagai cuba menunjuk-nunjuk untuk menjadi 'jaguh'.
"Di sini kelmarin, ada yang tunjuk jaguh tak nak pakai baju (pakaian rasmi). Kalau nak (jadi jaguh), keluar dari sini (tunjukkan diri) sekarang," titah baginda semasa merasmikan pengisytiharan Daerah Kulai yang kini dikenali sebagai Daerah Kulaijaya, di sini hari ini.
Turut berangkat Sultanah Johor, Sultanah Zanariah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail dan isteri, Raja Zarith Sofiah; dan Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim.
Hadir sama ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri Prof. Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abd. Latiff Yusof dan Pegawai Daerah Kulaijaya, Elias Hasran.
Tong Hiang tidak hadir pada majlis tersebut.
Pada pembukaan persidangan DUN Johor di Bukit Timbalan, Johor Bahru yang disempurnakan oleh Sultan Johor Khamis lalu, Tong Hiang dihalau keluar oleh Speaker, Datuk Mohd. Ali Hassan sebelum majlis bermula kerana tidak memakai pakaian rasmi.
Wakil rakyat DAP itu, yang hanya memakai kot dan tidak bersongkok, menyaksikan majlis pembukaan tersebut di luar Dewan.
Tindakan Tong Hiang itu diselar pelbagai pihak kerana dianggap melampau dan tidak menghormati peraturan yang telah ditetapkan sejak sekian lama.
"Bagi orang Melayu, mereka mesti memakai baju Melayu teluk belanga dan bersongkok, manakala yang bukan Melayu memakai kot dan bersongkok. Di istana, golongan wanita mesti bertudung.
"Rakyat juga perlu memakai pakaian berkenaan. Pada majlis perasmian persidangan DUN pula, semua wakil rakyat mesti memakai pakaian rasmi lengkap dan bersongkok," katanya.
Ditanya adakah Tong Hiang akan dikenakan tindakan seperti digantung daripada menghadiri persidangan DUN, Abdul Ghani berkata, tindakan telah dikenakan pada hari perasmian itu apabila beliau diarahkan keluar Dewan. (Sumber UTUSAN MALAYSIA 22/06/2008)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Jelas sekali anggota DAP tersebut bukan sahaja tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu malah bersikap BIADAP LAGI!! Apakah mereka ini sebenarnya lupa bahawasanya institusi kesultanan melayu ini sudah wujud sebelum British membawa mereka masuk ke tanah melayu lagi??? Apakag mereka sebenarnya tidak mengakui institusi Kesultanan MElayu?? Perjuangan menuntut kesamarataan termasuk menghapuskan sistem beraja ini??? Siapa mereka ni?? Sila lihat sejarah Tanah Melayu siapa sebenarnya diorang ini?
Masyarakay CINA dan INDIA dibawa masuk oleh BRITISH untuk bekerja di lombong dan estet getah. Orang Melayu dengan tolak ansur mereka memberi KERAKYATAN kepada bangsa pendatang ini yang dibawa oleh BRITISH. Sebelum diberi kerakyatan, generasi pendatang ini bersetuju dengan perlembagaan negara iaitu :
1. Islam adalah agama rasmi
2. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan
3. Institusi Raja-Raja Melayu
4. Hak istimewa orang melayu
PAda hari ini, generasi ketiga dan keempat bangsa yang DIBAWA british untuk bekerja disini tidak mengakui keseluruhan syarat diatas yang dipersetujui oleh nenek moyang mereka. Mempersoalkan konsep negara islam, tidak fasih berbahasa melayu setelah 50 tahun merdeka, tidak menghormati raja-raja melayu (pemulauan angkat sumpah, tidak memakai pakaian rasmi) dan semakin berani persoalkan hak itimewa orang melayu yang selama ini orang melayu tidak langsung mempersoalkan kerakyatan mereka.
Pernah kah anda terdengar dengan ungkapan-ungkapan sebegini:
1."Lu punya raja mahu datang sini.."
2."hari ni birthday lu punya raja.."
3."Itu you punya raja..."
Kesimpulan disini, adakah mereka benar-benar menghormati dan mengakui institusi raja-raja melayu? Mengapa tidak berkata seperti "raja kita mahu datang" atau Birthday sultan kita"? Adakah sultan ini untuk orang melayu sahaja atau untuk semua kaum?
~ PEMBELA ~