Prinsip demokrasi yang digunakan oleh Negara kita pada hari ini adalah dipengaruhi oleh Prinsip demokrasi Barat. Demokrasi ini menggalakkan penubuhan beberapa parti politik yang memperjuangkan ideologi masing-masing untuk memerintah negara dan rakyat akan memilih parti politik yang memenuhi kehendak mereka. Seperti yang kita ketahui, parti politik akan mempengaruhi pengikut-pengikut mereka dengan ideologi mereka dan mereka akan berbuat apa sahaja untuk menarik lebih ramai pengikut termasuklah memainkan isu perkauman.
Jika kita lihat Negara umat islam yang mengamalkan demokrasi ala Barat ini, berapa banyak yang aman? Di Pakistan berlaku pembunuhan sesama sendiri kerana perbezaan fahaman ideologi parti politik. Di Lubnan, Palestin dan
Mari kita lihat pula Negara yang diperintah oleh Sultan-sultan sebagai ketua negara. Negara seperti
Kesimpulan yang boleh kita ambil dari dua situasi di atas, Negara umat islam tidak memerlukan demokrasi yang berkonsepkan parti politik. Sebaliknya satu majlis syura akan dipertanggungjawabkan untuk memilih pemimpin dikalangan umat islam yang berwibawa untuk meneraju pentadbiran Negara. Sebagai contoh, sultan sebagai penasihat majlis syura serta wakil-wakil mufti akan senaraikan beberapa calon yang berwibawa untuk diundi oleh rakyat. Calon-calon dipilih berdasarkan kredibiliti dan pengalaman (tidak berdasarkan negeri, umur, bilangan pengikut yang ramai). Melalui cara sebegini, tiada unsur-unsur kronisme, salah guna kuasa dan perbezaan pendapat antara rakyat. Majlis syura berhak untuk melucutkan jawatan sekiranya pemimpin tersebut gagal untuk menjalankan tanggungjawab.
Mynasionalis menyarankan parti politik melayu dibubarkan dan satu Majlis muafakat melayu ditubuhkan khas untuk memilih pemimpin melayu islam. Seluruh bangsa melayu islam bersatu di dalam majlis tersebut yakni tiada perbezaan fahaman dan ideologi. Sultan-sultan Melayu serta golongan mufti menjadi penasihat untuk Majlis ini. Pemimpin yang dilantik bertanggungjawab untuk menjaga agama islam dan hak melayu islam. Memerangi golongan kafir yang mempersoalkan islam!
Wallahualam
~ PEMBELA ~