Polemik DAP mahu guna duit Petronas sebagai subsidi


Seperti yang kita ketahui, harga minyak dunia di pasaran telah naik dan seluruh Negara di dunia menghadapi masalah dengan krisis kenaikan harga minyak yang melambung tinggi ini. Kita juga tahu bahawasanya Petronas memiliki pekerja majoriti melayu manakala pekerja cina adalah minoriti. Kerajaan mendapat bayaran iaitu cukai dari Petronas yang begitu banyak sekali berbanding syarikat lain. Cukai yang diperoleh akan disalurkan kepada beberapa badan sebagai contoh MARA (badan yang membantu orang melayu).

Penulis berasa hairan kerana ada sesetengah orang melayu ini lebih percayakan dakyah cina (orang kafir) dari percaya kepada orang melayu (orang islam) itu sendiri. Penulis sendiri berasa was-was apabila cina DAP ini begitu bersungguh untuk menyarankan kerajaan menggunakan duit Petronas untuk digunakan sebagai subsidi minyak.

Penulis mengkaji balik kenyataan-kenyataan DAP ini dengan kenyataan yang dikeluarkan kerajaan. Disini Penulis ingin berkongsi pandangan dan pendapat tentang keinginan dan maksud DAP sebenarnya. Penulis berasakan DAP sebenarnya tidak memperjuangkan rakyat tetapi lebih kepada bangsa. Mengapa penulis berkata sedemikian:

  1. kerana pemberian subsidi menggunakan duit Petronas akan menyebabkan cina-cina kaya turut menikmati subsidi minyak yang murah ini dimana kita tahu mereka menggunakan kereta-kereta mewah dan golongan miskin akan terus dihimpit dan kekal miskin kerana tidak dapat manfaat yang lebih seperti cina-cina kaya ini.
  2. apabila duit Petronas digunakan untuk subsidi, maka pendapatan kerajaan akan berkurangan dan ini menyebabkan beberapa elemen lain seperti bajet turut akan lari. Ini bermakna peruntukkan untuk MARA, biasiswa dan sebagainya yang lebih kepada hak istimewa orang melayu akan berkurangan. Ini menunjukkan hak istimewa orang melayu semakin lama semakin terhakis.
  3. Petronas memiliki pekerja melayu yang ramai. Mungkin kerana petronas satu-satunya company yang memberikan kesenangan kepada pekerja melayu dengan bonus dan lain-lain keistimewaan menyebabkan ada unsur-unsur tidak puas hati bagi sesetengah pihak.

Untuk lebih meyakinkan rakyat, DAP memainkan isu penyalahgunaan duit Petronas (bagi penulis mungkin wujud) oleh pemimpin Negara. Mereka juga membangkitkan isu Penggunaan duit Petronas dalam menaja pasukan lumba dan sebagainya. Mungkin pemimpin DAP ini tidak memikirkan strategi syarikat untuk mengembangkan lagi syarikat sebaliknya DAP berasakan itu semua membazir dan membuang duit sahaja. DAP mengambil jalan mudah dengan menyarankan kerajaan menggunakan duit Petronas sebagai subsidi minyak kepada semua golongan yang sebenarnya memberi keuntungan MAJORITI RAKYAT BERBANGSA CINA! Orang kampong kekal susah dan cina di Bandar semakin selesa dengan subsidi ini.

Penulis ingin menyarankan orang melayu supaya berfikir secara mendalam dan jauh dengan tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan DAP ini. Penulis berasakan pemberian subsidi kepada semua golongan sebenarnya menguntungkan bangsa cina berbanding golongan susah. Satu mekanisme pembahagian subsidi sepatutnya dilakukan seperti berikut:

  1. Kad subsidi untuk golongan berpendapatan rendah
  2. Penggunaan 10 liter pertama yang murah (sesuai untuk motor)
  3. Tidak menjual kepada warga asing

Minyak merupakan anugerah Allah kepada kita. Oleh itu kita perlu menjaga khazanah ini serta syarikat ini (PETRONAS) dari dihancurkan oleh golongan yang memperjuangkan bangsa lebih kepada golongan miskin.

~ PEMBELA ~