MYNASIONALIS mengalu-alukan langkah kerajaan pusat dan negeri untuk menjadi pembekal barangan pengguna


Kerajaan timbang lantik GLC edar barang utama

KUALA LUMPUR, 23 Jun - Kerajaan sedang menimbang cadangan melantik atau menubuhkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menjadi salah satu daripada pengedar utama bekalan barang keperluan di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, langkah ini dibuat kerana kerajaan terasa kehilangan badan-badan seperti Pernas dan Lembaga Padi Negara (LPN) yang bertanggungjawab terhadap bekalan dan pengedaran padi dan beras negara.

"Perkara ini masih di peringkat pertimbangan dan rancangan...Insya-Allah kita akan melaksanakan pengedaran ini khususnya barang-barang keperluan agar dapat sampai kepada golongan sasaran iaitu golongan berpendapatan rendah sama ada di bandar mahupun di luar bandar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hamim Samuri (BN-Ledang) yang ingin tahu langkah kerajaan untuk menambah bekalan barangan keperluan dari aspek pengedaran dan sama ada GLC akan digunakan sebagai pengedar bekalan barangan utama.

Sementara itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, Malaysia yakin dapat menangani krisis kekurangan bekalan makanan termasuk beras yang sedang dihadapi dunia.

"Mungkin ada beberapa kawasan tertentu kadang-kadang ada sedikit masalah. Tetapi secara umumnya kita telah berjaya memastikan bekalan beras itu berada di pasaran," katanya menjawab soalan Datuk Halimah Mohamed Sadique (BN-Tenggara) yang bertanya sama ada Malaysia mempunyai kapasiti untuk menampung keperluan rakyat sekiranya berlaku krisis kekurangan bekalan makanan.

Mustapa berkata, kerajaan yakin dengan langkah-langkah dan peruntukan besar yang diambil kerajaan termasuk meningkatkan stok beras daripada 92,000 tan metrik kepada 500,000 metrik tan, Malaysia dapat menangani krisis itu.

"Makanan seperti ikan, daging, ayam dan lain-lain kita dapati tiada masalah besar, di mana ayam umpamanya kita mengeluarkan bekalan mencukupi dan kita telah mengambil tindakan melonggarkan pasaran iaitu apabila terdapat kekurangan yang ketara di pasaran tempatan, maka import akan dibenarkan," katanya.

(Sumber: Bernama)


Syarikat kerajaan Melaka mohon jadi pembekal

MELAKA 23 Jun - Pemasaran Melaka Sdn Bhd., anak syarikat Kerajaan Melaka, hari ini memohon kepada Padiberas Nasional Bhd., (Bernas) untuk menjadi pembekal beras super tempatan 15 peratus hancur (ST15) kepada peniaga.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, apabila permohonan itu diluluskan Pemasaran Melaka Sdn. Bhd., akan membuka sebuah depo di Melaka Sentral, sebagai pusat membekalkan beras itu.

"Saya harap dalam minggu ini permohonan itu diluluskan. Kita boleh jual secara borong dan juga runcit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukan Restoran Nasi Kandar Subaidah di Dataran Pahlawan Megamall di sini, hari ini.

Mohd. Ali berkata, anak syarikat kerajaan negeri terpaksa mengambil alih tugas membekalkan beras itu kerana pembekal swasta gagal membekalkan secukupnya beras berkenaan kepada peniaga di negeri ini sehingga menyebabkan masalah kepada pengguna berpendapatan rendah.

Beras gred ST15 dikawal kerajaan antara RM1.65 dan RM1.75 sekilogram mengikut kawasan pembelian dan diguna oleh golongan berpendapatan rendah di negara ini.

(Sumber: Utusan Online)

------------------------------------------------------------------------------------------------
Tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan ini memang dialu-alukan memandangkan selama ini pembekal barangan pengguna dimonopoli oleh bangsa cina. Ini menyebabkan berlaku perkara seperti penyorokan barang, usahawan melayu tertindas dan kekurangan bekalan. Oleh itu penulis berharap, pegawai yang dipertanggungjawabkan mestilah amanah dan jujur demi bangsa melayu islam iaitu tidak mendiskriminasikan masyarakat melayu itu sendiri sebaliknya membantu mereka dan paling elok merendahkan harga barangan pengguna tersebut jika boleh berbuat demikian.

~ PEMBELA ~