MyNasionalis pada mulanya bersetuju dengan cadangan MCA ini kerana dengan itu kerajaan dapat mengurangkan kadar tol. Tetapi apabila difikir sedalam-dalamnya, rupa-rupanya pelbagai andaian dan persepsi dapat dibuat disebalik cadangan MCA tersebut. Jika PLUS dijadikan milik kerajaan dan tol pula dihapuskan, MyNasionalis percaya pendatang luar terutamanya rakyat singapura mendapat banyak faedah berbanding masyrakat melayu (kurang pendapatan) itu sendiri.
Selain itu, MyNasionalis juga percaya bahawasanya bangsa cina tahu akan kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk menguruskan PLUS (lebuhraya). Dimana kerajaan dapat duit untuk menguruskan lebuhraya yang besar itu? Tidak lain dan tidak bukan terpaksa menggunakan duit kerajaan iaitu duit rakyat. MyNasionalis ingin mengutarakan pendapat bahawasanya sudah ada sentimen untuk mendesak kerajaan supaya menggunkan duit kerajaan untuk membantu rakyat dimana jika kita lihat ada baiknya tetapi sebenarnya satu malapetaka kepada bangsa melayu. Jika keseluruhan duit digunakan untuk membantu rakyat maka peruntukkan untuk MARA, Majlis Agama Islam dan perkara berkaitan orang melayu terpaksa dikurangkan. Sentimen untuk mengurangkan peruntukkan untuk orang melayu!
MyNasionalis percaya kebanyakan pendatang menggunakan istilah membantu rakyat sebenarnya membantu semua rakyat tidak kisah yang sudah kaya raya ataupun yang fakir miskin dan mereka semua dapat menikmatinya tanpa ada rasa belas kasihan terhadap golongan yang sepatutnya lebih memerlukan. Bagi penulis, ini adalah tidak adil kerana kita sepatutnya membantu orang susah dan orang kaya sepatutnya tidak mengambil kesempatan atas kesusahan sesetengah lapisan masyarakat dengan menyamakan kadar bayaran tertentu yang sebenarnya menyusahkan lagi mereka (orang miskin). Mungkin di Malaysia kebanyakan orang susah adalah orang melayu, sebab itulah istilah membantu golongan susah tidak digunakan sebaliknya istilah membantu rakyat digunakan.
Bagi mereka orang susah tidak perlu dibantu kerana itu bukan masalah bangsa mereka. Tapi bagi kerajaan, sudah menjadi tanggungjawab untuk membantu golongan susah tertutamanya masyarakat melayu.
Orang Melayu sepatutnya berfikir dalam-dalam dengan kenyataan yang dikeluarkan bangsa pendatang ini. MyNasionalis percaya setiap tindakan dan setiap langkah yang mereka ambil sebenarnya berunsurkan udang di sebalik batu.
~ PEMBELA ~