Punca 300,000 Cina terkorban

Punca 300,000 Cina terkorban

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Sebanyak 300,000 orang Cina yang terkorban di negara ini sebelum kemerdekaan 1957 sebenarnya mempertahankan British yang menjajah Tanah Melayu, menurut ahli-ahli sejarah. Menurut kajian sejarah, 300,000 orang Cina terkorban semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu kerana Jepun dan China berperang sejak tahun 1937 dan pertelingkahan antara dua bangsa itu merebak ke Tanah Melayu. Profesor Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Nik Anwar Nik Mahmud berkata, kenyataan Setiausaha Agung MCA, Ong Ka Chuan kononnya 300,000 orang Cina mati mempertahankan negara ini adalah tidak benar, sebaliknya mereka mempertahankan kerajaan British ketika itu. Katanya, orang Cina yang mati semasa pendudukan Jepun kebanyakannya adalah penyokong Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah membuat pakatan dengan British. "Perlu dijelaskan bahawa matlamat PKM bukan untuk mempertahankan negara ini tetapi untuk menjaga kepentingan dan keselamatan mereka. "British dan PKM telah membuat perjanjian bahawa orang Cina akan diberikan kerakyatan Tanah Melayu jika mereka membantu menentang Jepun dan tentera Jepun pula membunuh orang Cina kerana mereka dianggap sebagai tali barut British,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Nik Anwar berkata demikian untuk membetulkan kenyataan Ka Chuan yang mendakwa orang Cina di Malaysia mendapat kerakyatan kerana berkorban nyawa mempertahankan negara ini. Ka Chuan mendakwa, 300,000 orang Cina mati kerana mempertahankan negara ini semasa pendudukan Jepun pada 1940-an. Pensyarah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, dua fakta sejarah yang tidak boleh diubah ialah orang Cina yang mati semasa pendudukan Jepun berjuang untuk diri sendiri. "Orang Cina semasa pendudukan Jepun merupakan penduduk Tanah Melayu yang paling banyak diseksa dan dibunuh oleh tentera Jepun. "Tentera Jepun menganggap orang Cina sebagai tali barut British dan mereka juga dibunuh kerana memberi sumbangan kepada Tanah Besar China semasa peperangan Cina-Jepun," katanya. Menurut beliau, orang Cina di Tanah Melayu ketika itu kebanyakannya melarikan diri ke hutan dan menyertai PKM yang mempunyai perjanjian dengan British untuk menentang tentera Jepun. Ahmad Atory menegaskan fakta itu tidak boleh diubah dan sebarang tindakan untuk mengubah sejarah dengan menyatakan 300,000 orang Cina mati mempertahankan negara ini adalah tidak benar sama sekali. "Jangan buat kenyataan yang menyalahi fakta sejarah. Sejarah tetap sejarah dan tidak boleh diubah," katanya. (sumber: utusan online)

------------------------------------------------------------- -----------------------------------

Macam mana diorang nak defend kata mereka ini bukan bangsa pendatang sedangkan BRITISH SENDIRI MENGATAKAN MAHU MEMBERI KERAKYATAN KEPADA MEREKA JIKA MEMBANTU MEREKA.. Jika British hendak memberi kerakyatan bermakna mereka ini bukanlah rakyat tempatan. Orang melayu perlu berhati-hati kerana agen-agen komunis dan pusat-pusat serta alat-alat propaganda telah digerakkan untuk mengubah sejarah melayu termasuklah sejarah kata melayu bukan dari Tanah Melayu walhal Indonesia belum terbentuk lagi ketika itu. Kita perlu defend sejarah melayu dari ditukar bangsa pendatang ini..