Ahli Parlimen guna pantun lucah
KUALA LUMPUR 1 Julai -Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila seorang ahli Parlimen pembangkang berpantun menggunakan perkataan yang dianggap lucah yang menghina kehormatan kaum wanita.
Pantun dua kerat yang berbunyi 'mulut bau madu, ****** bawa sengat' pada mulanya mengundang gelak ketawa di kalangan ahli Dewan, namun apabila Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengulanginya beberapa kali, ia menimbulkan kemarahan ahli Parlimen lain.
Bagaimanapun, Seng Giaw terus mempertahankan pendiriannya dengan meminta ahli yang tidak faham maksud pantun berkenaan agar merujuk kepada pakar bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau pegawai bahasa yang menghadiri persidangan berkenaan.
Segala-galanya bermula apabila Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (BN-Rompin) semasa mencelah meminta pandangan Seng Giaw mengenai pendirian partinya berhubung usaha membendung kegiatan politik kampus.
''Pembangkang tidak seharusnya menggalakkan politik kampus, akta yang sedia ada bagi membendung perkara itu harus dikekalkan, apa pendirian YB (Yang Berhormat)?" katanya semasa Seng Giaw membahas usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Sebaik saja Jamaluddin bertanya soalan itu, Seng Giaw terus berpantun dan pantunnya itu memeranjatkan sidang Dewan termasuk pelawat yang hadir.
Beberapa ahli Parlimen kemudiannya meminta penjelasan dengan mengatakan mereka tidak faham apa maksud pantun berkenaan yang ternyata terkeluar daripada soalan yang dikemukakan.
''Tak faham itu masalah kita... tak faham tak apalah," kata Seng Giaw disambut teriakan ahli Parlimen yang lain.
Jamaludin kemudiannya meminta Seng Giaw menarik balik pantun berkenaan, diikuti teguran Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Memandangkan keadaan Dewan semakin riuh rendah, Datuk Halimah Sadique (BN-Tenggara) bingkas bangun dan berkata: "Speaker, dia (Seng Giaw) tidak boleh guna perkataan lucah macam tu, tambahan pula membabitkan kaum wanita, minta YB Kepong tarik balik, tidak boleh guna perkataan semudah itu, lagipun ramai pelajar dalam Dewan ini," katanya.
Kata-kata Halimah itu bagaimanapun tidak dihiraukan, malah Seng Giaw berkata: "Macam mana nak tarik balik peribahasa kita, tanya DBP betul ke tidak (wujud perkataan itu)."
Pendapat itu turut disanggah Ir. Hamim Samuri (BN-Ledang) yang berkata: ''Dalam kamus ada pelbagai bahasa, yang tidak boleh disebut, jangan sebut, tarik balik."
Namun kata-kata itu tidak dihiraukan Seng Giaw, sebaliknya beliau terus menggulung perbahasannya dengan pantun berbunyi 'bawa orang ke Gunung Tahan, kubur binatang kelihatan, nafsu pantang kekurangan'.
(Sumber: Utusan Malaysia Online)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Anda sendiri perlu menilai setiap kenyataan yang dikeluarkan cina ini. Lihat lah secara terang-terangan menggunakakan perkataan lucah tetapi tidak mahu mengaku bahkan keras kepala tidak mahu menarik balik kenyataan mereka. Begitu juga kita tidak mendengar ahli parlimen atau ADUN DAP memohon maaf terhadap Sultan. Sama juga dengan isu NAMEWEE mereka (cina) memuji tindakan pengkhianat tersebut dengan mengatakan mewarnai dunia hiburan malaysia dengan mengubah lagu kebangsaan negara.
Anda perlu sedar orang melayu sekalian, jangan percaya dengan kata-kata mereka sesungguhnya mereka sememangnya kafir dan tidak akan meredhai kamu sehingga hari kiamat!
Mengapa ada situasi hanya cina yang bercakap betul dan melayu racist? Persoalannya siapa yang keras kepala dan siapa yang racis sebenarnya?