MyNasionalis menyarankan kerajaan membatalkan Projek Jambatan kedua Pulau Pinang


MyNasionalis menyarankan kerajaan supaya membatalkan terus pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang menelan belanja sektar 1.2 billion ringgit itu. Bagi pihak MyNasionalis, duit sebanyak itu sepatutnya digunakan untuk pembangunan semua lapisan rakyat iaitu bukan hanya untuk majoriti sesetengah kaum yang menghuni di kawasan tersebut.

MyNasionalis menyarankan kerajaan untuk menggunakan wang tersebut untuk pembangunan ekonomi dimana rakyat dari pelbagai lapisan dapat menikmati pembangunan serta membuka peluang pekerjaan jika dibandingkan dengan Jambatan Kedua yang sudah pasti rakyat tidak dapat manfaat sebaliknya perlu membayar tol pula dan parti Politik seperti DAP akan memainkan isu tol pula. MyNasionalis juga percaya sebenarnya DAP mempunyai perancangan untuk membasmi tol-tol dijambatan tersebut. MyNasionalis menasihati kerajaan supaya berhati-hati dalam membuat keputusan yang melibatkan kaum cina dan parti DAP kerana mereka sememangnya mempunyai agenda tersendiri. Jika Jambatan Kedua tetap diteruskan, MyNasionalis menjangkakan masyarakat melayu akan terus terpinggir di Pulau Pinang dan tidak langsung dapat manfaat dari projek tersebut dan MyNasionalis juga percaya tanah-tanah orang melayu akan diambil atas nama projek kerajaan negeri.

MyNasionalis juga ingin mengingatkan kepada semua lapisan masyraakat Melayu supaya berhati-hati apabila berbuat perjanjian dengan kerajaan yang dianggotai DAP terutamanya masyrakat melayu Pulau Pinang, Perak dan Selangor. MyNasionalis tidak mahu suatu hari nanti Pulau Pinang akan berpisah dari Malaysia sedangkan Pulau Pinang, Singapura dan Pulau Batu Putih adalah hak kita, hak orang melayu pribumi. MyNasionalis akan mempertahan segala hak orang melayu, agama islam dan Institusi di Raja Melayu dari bangsa pendatang ini.

Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Pantang kami orang melayu berundur dalam medan perang. Kami akan berlawan habis-habisan sehingga ke titisan darah terakhir kami. Biar mati sebagai pejuang bukan sebagai pengecut!

~ PEMBELA ~