DBKL siasat surau daif
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
KUALA LUMPUR 5 Sept. - Jabatan Perancang Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memeriksa kemudahan surau yang disediakan di Plaza Low Yat di sini yang dikatakan daif.
Pengarahnya, Mahadi Ngah berkata, setelah meneliti aduan daripada orang ramai yang disiarkan dalam Utusan Malaysia baru-baru ini, beliau akan menyiasat secara lebih dekat mengenai perkara tersebut.
"Sejak dua tahun lepas, DBKL mula memandang serius hal-hal berkaitan kemudahan untuk orang awam di kompleks beli-belah dan ia menampakkan kesan apabila ada sesetengah kompleks telah memberi perhatian serius terhadap kemudahan surau.
"Namun, mungkin masih ada kompleks yang tidak mengambil berat mengenai perkara itu," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Berdasarkan arahan spesifikasi yang dikeluarkan oleh DBKL, kemudahan surau bagi setiap kompleks beli-belah yang baru perlu dilengkapi tempat mengambil wuduk berasingan bagi setiap lelaki dan wanita manakala keluasannya sekurang-kurangnya 46.5 meter persegi.
Beliau juga berkata, kedudukan surau juga perlu berada di tempat yang mudah dikunjungi dan tidak tersorok.
Beliau menambah, selain daripada faktor tersebut, surau juga perlu mempunyai sistem pengudaraan yang baik serta kebersihannya dijaga.
"Sebenarnya banyak aduan daripada orang ramai mengenai kemudahan surau yang tidak diselenggara dengan baik, malah dibiarkan dalam kurang memuaskan," katanya.
Sebagai contoh, jelasnya, ada surau yang dibiarkan sehingga berbau hapak serta kurang menyenangkan, lantai licin dan ruang solat yang begitu sempit.
"Jika diperhatikan, kebanyakan bangunan kompleks beli-belah yang baru seperti Pavilion dan KLCC, ia mempunyai kemudahan surau yang baik setelah DBKL mengambil serius terhadap pelan pembinaan surau," tegasnya.
Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan tentang keadaan surau di Plaza Low Yat yang daif serta tidak disenggara dengan baik.
Pengunjung juga perlu membayar 50 sen untuk mengambil wuduk di tandas berhampiran kerana tiada paip disediakan di dalam surau berkenaan.
Ruang untuk bersolat yang disediakan pula amat sempit dan hanya mampu memuatkan tidak sampai 10 jemaah pada satu-satu masa.
Selain itu, pengunjung lelaki dan wanita perlu menggunakan pintu masuk yang sama, malah pengunjung wanita perlu melepasi ruangan solat lelaki untuk ke ruang solat wanita.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Adakah mereka ini benar-benar ikhlas dalam menyediakan kemudahan untuk orang islam? Seperti mana kita ikhlas memberi kerakyatan kepada mereka. Mereka memang sengaja berbuat begitu kerana buat apa mereka nak susahkan untuk mayarakat melayu dan agama islam?
Cuba bayangakn apa yang akan terjadi kalo mereka yang memerintah tanah melayu ini..alamatnya tiada la surau masjid dan sebagainya..kalo ada pun sekadar melepaskan batuk di tangga..