Maipp kecam Karnival Hari Belia jual arak


TASEK GELUGOR: Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) mengecam kerajaan negeri kerana membenarkan penjualan arak secara terbuka di Karnival Hari Belia Pulau Pinang 2008 di Juru Autocity, Bukit Mertajam, kelmarin.

Yang Dipertuanya, Shabudin Yahaya, berkata Maipp kesal dengan kerajaan negeri kerana tidak peka dan mengabaikan sensitiviti belia Islam yang turut menghadiri majlis itu. Katanya, tindakan penganjur itu seolah-olah menggalakkan belia mengamalkan gaya hidup bebas dengan minum arak di khalayak ramai.

“Maipp membantah dan kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat selaku penganjur karnival itu kerana membenarkan arak dijual secara terbuka,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Karnival sehari bermula jam 12 tengah hari hingga 11 malam itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Ong Kok Fooi, manakala penutupan dibuat Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Satu-persatu penghinaan terhadap Kaum Melayu dan Islam terus berlaku…. Tidakkah Lim guan Eng sedar yg majlis tersebut akan dihadiri oleh kaum melayu?… dah nama pun Karnival Hari Belia tapi kenapa perlunye pernjualan arak (siap diberikan diskaun lagi tuh) dan ada peraduan….apa motif syarikat arak dan DAP? adakah bertujuan Karnival tersebut utk mendedahkan Belia dengan ARAK? menambahkan lagi masalah sosial kepada para Belia….

Shabudin berkata, lebih menyedihkan lagi arak dijual pada harga promosi iaitu hanya RM3 untuk dua tin bagi menarik pengunjung mendapatkan tiket bagi menyertai peraduan yang disediakan.

Katanya, gerai menjual arak pula terletak bersebelahan pentas utama karnival dan beberapa meter saja dari gerai pameran Persatuan Sahabat Belia Pulau Pinang yang memaparkan poster ‘Belia Benci Dadah’.

Gerai terbabit juga tidak meletakkan tanda amaran melarang remaja bawah umur membeli arak, sekali gus menunjukkan penganjur menggalakkan perbuatan meminum arak di tempat awam seperti perkara biasa.

“Saya akan menulis surat bantahan rasmi kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berhubung perkara itu dalam sehari dua ini supaya tindakan sesuai boleh diambil,” katanya.

Shabudin yang juga exco bayangan Barisan Nasional (BN) bagi portfolio Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, berkata perkara itu dibiarkan berulang.

Katanya, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku sepanjang kerajaan BN memerintah Pulau Pinang walaupun bukan Melayu yang menjadi Ketua Menteri.

Serentak itu, beliau mencabar wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas supaya mengemukakan pendirian mereka berhubungnya kerana karnival itu anjuran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

“Saya cabar pemimpin Pas yang mendakwa memperjuangkan agama Islam dan pemimpin Melayu Islam dalam PKR supaya menyatakan pendirian mereka berhubung isu ini.

“Pemimpin PKR dalam Pakatan Rakyat yang mendakwa mahu melindungi kesucian dan kemurnian Islam perlu bersuara dalam hal ini dan jangan asyik mencari kesalahan orang lain,” katanya.

Apa kata PAS yg selama ini memperjuangkan ISLAM…. baru sahaja di Kelantan beberapa undang2 baru diwujudkan… tapi die negeri lain di P.Pinang dibenarkan penjualan ARAK secara terbuka di Majlis-Majlis Rasmi….

(Sumber:Berita Harian)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Perbalahan antara orang melayu membuatkan bangsa lain makin naik tocang. PAS kembalilah kepada perjuangan anda untuk memartabatkan Negara Islam. UMNO terima kasih kerana mengambil berat tentang orang melayu islam di Pulau Pinang.

~ PEMBELA ~

Visa violators causing tension with Britain


PUTRAJAYA: Many Malaysians are violating the tourist visa issued by the British Government and this is causing “stress and strain” in the relationship between the countries.

Foreign Minister Datuk Seri Rais Yatim said the number of violators was high and a cause of concern, adding that bilateral relations with Britain might be affected if the problem persisted.

“We have had good relations and understanding with Britain but this problem has become an issue. I hope to have a discussion on this with my counterpart, the British Secretary of State for Foreign and Commonwealth Affairs, David Miliband on this issue soon.

“At the same time, we will have to do more to warn Malaysians against violating visa provisions, no matter which country they visit,” he told reporters after hosting a luncheon for Heads of Mission of South, Central and East Asia nations on Monday.

Asked on the number of Malaysians who had violated the British visa, Rais said he had yet to get the official figure, which could even be in “the thousands.”

(Source: The Star)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Obviously it is not Malays.

~ PEMBELA~

Tuntutan serampang dua mata


Di sini Penulis ingin mengetengahkan satu isu yang kita nampak seperti memperjuangkan rakyat tetapi sebenarnya lebih bersifatkan serampang dua mata. Saya menggunakan istilah serampang dua mata kerana sekali imbas, seolah macam hendak menolong rakyat tetapi rupanya lebih kepada menolong satu bangsa sahaja.

Sebagai contoh, DAP menyarankan kerajaan menggunakan duit Petronas sebagai subsidi minyak. Sekilas pandang, memang nampak menolong orang susah. Tetapi sebenarnya lebih menolong orang cina berbanding golongan yang berpendapatan rendah. Kita lihatlah, orang kampong nak ke bendang kene isi minyak bayar harga yang sama (per liter) dengan pemandu kereta mewah di Bandar. Di sini, saya sudah nampak keistimewaanya lebih kepada golongan berpendapatan tinggi iaitu cina. Saya menyarankan kita perlu menolong dan memberi subsidi kepada golongan miskin sahaja akan tetapi idea saya ini pasti ditentang DAP kerana majoriti yang mendapat subsidi nanti adalah bangsa melayu. Perjuangan DAP sebenarnya untuk rakyat ke atau untuk bangsa cina?

MCA juga telah menyatakan tuntutan mereka untuk menghapuskan cukai jalan. Sekilas pandang, orang susah dapat manfaat tapi bila difikir dalam-dalam, orang yang memandu BMW, Mercedez dan lain-lain lagi mendapat manfaat yang lagi banyak berbanding golongan miskin. Jadi, kita sebenarnya nak tolong orang miskin ke atau orang kaya? Jika saya katakan cukai jalan untuk motor dihapuskan, MCA dan DAP mesti menentang kerana majoriti yang membawa motor adalah melayu.

Apa yang penulis lihat disini, perjuangan parti politik cina sebenarnya lebih kepada kaum mereka. Sebagai contoh, kerajaan tidak boleh membantu orang miskin sahaja (majoriti melayu) tetapi sepatutnya perlu treat sama adil iaitu memberi subsidi untuk semua golongan tidak kira sama ada kaya atau miskin (menyebabkan yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin). Sama juga dengan isu biasiswa, kerajaan tidak boleh asyik membantu orang miskin (majoriti melayu) tetapi perlu dibuka kepada semua orang tidak kira miskin atau kaya (orang miskin tiada kesempatan nak melanjutkan pelajaran).

Kita lihat disini bagaimana persepsi ‘ADIL’ oleh orang cina berbanding persepsi ‘ADIL’ dalam islam.

~ PEMBELA ~

Demokrasi Yang dibawa Barat membawa kepada perpecahan umat islam


Prinsip demokrasi yang digunakan oleh Negara kita pada hari ini adalah dipengaruhi oleh Prinsip demokrasi Barat. Demokrasi ini menggalakkan penubuhan beberapa parti politik yang memperjuangkan ideologi masing-masing untuk memerintah negara dan rakyat akan memilih parti politik yang memenuhi kehendak mereka. Seperti yang kita ketahui, parti politik akan mempengaruhi pengikut-pengikut mereka dengan ideologi mereka dan mereka akan berbuat apa sahaja untuk menarik lebih ramai pengikut termasuklah memainkan isu perkauman.

Jika kita lihat Negara umat islam yang mengamalkan demokrasi ala Barat ini, berapa banyak yang aman? Di Pakistan berlaku pembunuhan sesama sendiri kerana perbezaan fahaman ideologi parti politik. Di Lubnan, Palestin dan Iraq keadaan lebih dahsyat sehingga berlaku perang saudara antara puak-puak parti politik. Di Malaysia tidak ketinggalan juga, orang melayu bergaduh sesama sendiri kerana perbezaan ideology. UMNO memperjuangkan hak orang melayu islam dan PAS pula memperjuangkan Negara islam. Yang mendapat faedah dari perpecahan umat islam ini adalah bangsa kafir. Mereka akan melaga-lagakan pemimpin islam ini dan mengambil kesempatan untuk menjatuhkan islam, menghina islam dan menyebarkan agama mereka di bumi islam ini.

Mari kita lihat pula Negara yang diperintah oleh Sultan-sultan sebagai ketua negara. Negara seperti Saudi Arabia, Oman dan Brunei yang mempunyai sultan sebagai pemimpin Negara berjaya menyatupadukan rakyat mereka dari perpecahan. Tidak berlaku huru-hara, pembunuhan, pergaduhan dan perbalahan sesama sendiri. Tidak dinafikan ada kerabat-kerabat di Raja tersebut yang menyeleweng duit kerajaan dan merosakkan imej Raja-Raja islam. Akan tetapi Negara-negara terbabit masih lagi aman dan tiada perpecahan setakat ini. Akan tetapi seluruh rakyat di Negara tersebut bersatu membantah tindakan kerabat raja tersebut.

Kesimpulan yang boleh kita ambil dari dua situasi di atas, Negara umat islam tidak memerlukan demokrasi yang berkonsepkan parti politik. Sebaliknya satu majlis syura akan dipertanggungjawabkan untuk memilih pemimpin dikalangan umat islam yang berwibawa untuk meneraju pentadbiran Negara. Sebagai contoh, sultan sebagai penasihat majlis syura serta wakil-wakil mufti akan senaraikan beberapa calon yang berwibawa untuk diundi oleh rakyat. Calon-calon dipilih berdasarkan kredibiliti dan pengalaman (tidak berdasarkan negeri, umur, bilangan pengikut yang ramai). Melalui cara sebegini, tiada unsur-unsur kronisme, salah guna kuasa dan perbezaan pendapat antara rakyat. Majlis syura berhak untuk melucutkan jawatan sekiranya pemimpin tersebut gagal untuk menjalankan tanggungjawab.

Mynasionalis menyarankan parti politik melayu dibubarkan dan satu Majlis muafakat melayu ditubuhkan khas untuk memilih pemimpin melayu islam. Seluruh bangsa melayu islam bersatu di dalam majlis tersebut yakni tiada perbezaan fahaman dan ideologi. Sultan-sultan Melayu serta golongan mufti menjadi penasihat untuk Majlis ini. Pemimpin yang dilantik bertanggungjawab untuk menjaga agama islam dan hak melayu islam. Memerangi golongan kafir yang mempersoalkan islam!

Wallahualam

~ PEMBELA ~

Polemik DAP mahu guna duit Petronas sebagai subsidi


Seperti yang kita ketahui, harga minyak dunia di pasaran telah naik dan seluruh Negara di dunia menghadapi masalah dengan krisis kenaikan harga minyak yang melambung tinggi ini. Kita juga tahu bahawasanya Petronas memiliki pekerja majoriti melayu manakala pekerja cina adalah minoriti. Kerajaan mendapat bayaran iaitu cukai dari Petronas yang begitu banyak sekali berbanding syarikat lain. Cukai yang diperoleh akan disalurkan kepada beberapa badan sebagai contoh MARA (badan yang membantu orang melayu).

Penulis berasa hairan kerana ada sesetengah orang melayu ini lebih percayakan dakyah cina (orang kafir) dari percaya kepada orang melayu (orang islam) itu sendiri. Penulis sendiri berasa was-was apabila cina DAP ini begitu bersungguh untuk menyarankan kerajaan menggunakan duit Petronas untuk digunakan sebagai subsidi minyak.

Penulis mengkaji balik kenyataan-kenyataan DAP ini dengan kenyataan yang dikeluarkan kerajaan. Disini Penulis ingin berkongsi pandangan dan pendapat tentang keinginan dan maksud DAP sebenarnya. Penulis berasakan DAP sebenarnya tidak memperjuangkan rakyat tetapi lebih kepada bangsa. Mengapa penulis berkata sedemikian:

  1. kerana pemberian subsidi menggunakan duit Petronas akan menyebabkan cina-cina kaya turut menikmati subsidi minyak yang murah ini dimana kita tahu mereka menggunakan kereta-kereta mewah dan golongan miskin akan terus dihimpit dan kekal miskin kerana tidak dapat manfaat yang lebih seperti cina-cina kaya ini.
  2. apabila duit Petronas digunakan untuk subsidi, maka pendapatan kerajaan akan berkurangan dan ini menyebabkan beberapa elemen lain seperti bajet turut akan lari. Ini bermakna peruntukkan untuk MARA, biasiswa dan sebagainya yang lebih kepada hak istimewa orang melayu akan berkurangan. Ini menunjukkan hak istimewa orang melayu semakin lama semakin terhakis.
  3. Petronas memiliki pekerja melayu yang ramai. Mungkin kerana petronas satu-satunya company yang memberikan kesenangan kepada pekerja melayu dengan bonus dan lain-lain keistimewaan menyebabkan ada unsur-unsur tidak puas hati bagi sesetengah pihak.

Untuk lebih meyakinkan rakyat, DAP memainkan isu penyalahgunaan duit Petronas (bagi penulis mungkin wujud) oleh pemimpin Negara. Mereka juga membangkitkan isu Penggunaan duit Petronas dalam menaja pasukan lumba dan sebagainya. Mungkin pemimpin DAP ini tidak memikirkan strategi syarikat untuk mengembangkan lagi syarikat sebaliknya DAP berasakan itu semua membazir dan membuang duit sahaja. DAP mengambil jalan mudah dengan menyarankan kerajaan menggunakan duit Petronas sebagai subsidi minyak kepada semua golongan yang sebenarnya memberi keuntungan MAJORITI RAKYAT BERBANGSA CINA! Orang kampong kekal susah dan cina di Bandar semakin selesa dengan subsidi ini.

Penulis ingin menyarankan orang melayu supaya berfikir secara mendalam dan jauh dengan tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan DAP ini. Penulis berasakan pemberian subsidi kepada semua golongan sebenarnya menguntungkan bangsa cina berbanding golongan susah. Satu mekanisme pembahagian subsidi sepatutnya dilakukan seperti berikut:

  1. Kad subsidi untuk golongan berpendapatan rendah
  2. Penggunaan 10 liter pertama yang murah (sesuai untuk motor)
  3. Tidak menjual kepada warga asing

Minyak merupakan anugerah Allah kepada kita. Oleh itu kita perlu menjaga khazanah ini serta syarikat ini (PETRONAS) dari dihancurkan oleh golongan yang memperjuangkan bangsa lebih kepada golongan miskin.

~ PEMBELA ~


DAP buat drama lagi!


Pelancaran Rakan Cop: DAP bawa sepanduk

KUALA LUMPUR 22 Jun - Kira-kira 200 penduduk diketuai Ahli Parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai mengadakan satu perhimpunan sehingga mengganggu pelancaran program Rakan Cop di Taman Midah di sini hari ini.

Kok Wai dan penyokongnya membawa beberapa sepanduk bagi mendesak satu sesi dialog antara polis dan penduduk.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abd. Rahim Hamzah Othman berkata, walaupun timbul kekecohan itu namun polis meneruskan majlis pelancaran Rakan Cop tersebut dan terpaksa menolak permintaan mereka kerana sesi dialog tidak termasuk dalam atur cara program.

Jelasnya, sekiranya sesi dialog terkandung dalam atur cara program daripada awal, sudah pasti polis tiada masalah meneruskan apa yang dirancang pihak penganjur.

"Polis tidak pernah mempunyai sebarang masalah atau halangan untuk mengadakan sesi dialog dengan mana-mana penduduk di daerah ini.

"Tetapi program hari ini adalah pelancaran Rakan Cop dan pihak penganjur juga tidak ingin polis mengadakan sesi dialog di situ," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abd. Rahim berkata, polis juga menolak permintaan tersebut memandangkan beberapa prosedur perlu dipatuhi terlebih dahulu sebelum sebarang sesi dialog.

Namun katanya, polis daerah Cheras akan mengadakan sesi dialog dengan penduduk Taman Midah dalam masa terdekat sebagai memenuhi permintaan mereka hari ini.

Jelasnya, sesi dialog dengan penduduk di situ sememangnya sudah dirancang dan polis cuma menunggu masa serta tempat yang sesuai untuk melakukannya.

"Bukan kita (polis) tidak mahu buat sesi dialog, tetapi hari ini adalah program pelancaran Rakan Cop dan bukan masa yang sesuai.

"Justeru, kita akan adakan majlis khas pada masa lain untuk tujuan itu," katanya.

Dalam pada itu, tegasnya, kadar jenayah di Cheras masih terkawal dan polis tidak mampu menghapuskan jenayah secara total tanpa bantuan masyarakat setempat.

Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab polis untuk menjaga ketenteraman dan menangani masalah jenayah dengan memperoleh kerjasama daripada penduduk.

(Sumber: Utusan Malaysia Online)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

PEMBELA mencabar kerajaan untuk membuat gerakan besar-besaran menangkap penjenayah-penjenayah serta pesalah-pesalah trafik di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor. Bahagikan setiap tangkapan mengikut bangsa dan kategori jenayah yang dilakukan! Rakyat mahu tahu bangsa mana yang suka menyusahkan orang lain!


Orang Melayu sokong kenyataan Raja Muda Perak


NGO sokong titah Raja Nazrin

Oleh amran mulup

KUALA LUMPUR 22 Jun – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu menyokong titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang mahukan orang Melayu kuat dalam segala aspek demi menjadi bangsa yang terus gagah di negara ini.

Rata-rata menyifatkan titah baginda itu satu nasihat dan pandangan mewakili institusi Raja-Raja Melayu yang mahu melihat usaha penyatuan Melayu diberi keutamaan pada masa ini.

Presiden Yayasan Kajian Strategik Melayu, Datuk Dr. Radzi Abdul Latif berkata, titah Raja Muda Perak itu menggambarkan kesedaran tokoh muda dalam institusi Raja-Raja Melayu untuk melihat perpaduan dalam kalangan orang Melayu dipelihara.

Menurut beliau, rakyat mesti memberi sokongan padu kepada kepimpinan Melayu dengan mengetepikan perbezaan politik dan ideologi bagi mengukuhkan lagi kekuatan bangsa.

“Jika kita bersatu, Melayu akan menjadi lebih kuat, gagah, bersemangat waja dan menjadikan kita bangsa yang dihormati serta tidak mudah diperlekehkan oleh bangsa lain,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas titah ucapan Raja Muda Perak pada majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) semalam, yang tidak mahu melihat orang Melayu menerima nasib bagaikan dagang di kampung sendiri dan terpaksa bermusafir di bumi sendiri.

Raja Nazrin bertitah, kejayaan anak bangsa pada masa sekarang adalah atas pengorbanan, keringat, kesusahan dan usaha generasi terdahulu.

Radzi berkata, masa depan Malaysia yang berbilang kaum adalah sangat bergantung kepada perpaduan Melayu.

“Dalam erti kata lain, perpaduan Melayu adalah teras perpaduan negara dan kekuatan sebenar orang Melayu,’’ katanya.

Beliau menegaskan pada masa ini kekuatan orang Melayu daripada segi politik, ekonomi, ketuanan dan kedaulatan semakin terhakis.

Justeru kata beliau, seluruh lapisan masyarakat sewajarnya memandang serius saranan baginda itu.

Sementara itu, Presiden Dewan Perhimpunan Melayu Kedah, Tan Sri Khalid Abdullah berkata, orang Melayu mesti kembali kepada perjuangan asal mereka yang mengutamakan kepentingan negara dan bangsa.

Menurutnya, mereka perlu berpegang teguh pada objektif perjuangan supaya segala cabaran dan rintangan dapat dihadapi dengan baik.

“Generasi sekarang tidak mengambil kira kepentingan negara dan bangsa kerana mereka hanya sibuk memikirkan apa yang akan terjadi kepada diri mereka sendiri.

“Masing-masing takut kalau sesuatu yang tidak baik berlaku ke atas mereka,’’ katanya.

Menurutnya, pejuang bangsa zaman dahulu sanggup mengorbankan kepentingan diri semata-mata untuk memastikan negara merdeka, tetapi semangat itu tidak diteruskan oleh generasi sekarang.

“Selagi ada individu yang hanya mementingkan diri dan keluarga mereka sahaja, orang Melayu tidak akan dapat bersatu,’’ katanya.

Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, titah Raja Muda Perak itu sebenarnya menjadi sumber inspirasi baru kepada golongan muda bagi memastikan kedaulatan bangsa Melayu lebih kukuh.

Menurut beliau, pembabitan golongan muda amat penting dalam usaha penyatuan Melayu bagi meletakkan bangsa itu kuat dari segi politik, ekonomi, pendidikan dan sosial.

‘‘Walaupun menitikberatkan soal perpaduan dan ketuanan Melayu tetapi ia tidak sama sekali akan meminggirkan kepentingan dan hak kaum lain,’’ katanya.

Tambahnya, piagam, tuntutan dan ikrar dalam resolusi kongres Permuafakatan Melayu Mei lalu mempunyai kesinambungan dengan apa yang dititahkan oleh Raja Muda Perak.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad bersetuju orang Melayu perlu mencari satu formula terbaik bagi mengatasi masalah perpecahan di kalangan mereka.

Menurutnya, perbezaan pegangan politik sepatutnya tidak menjadi punca perpecahan bangsa Melayu.

‘‘Jika dalam parti politik yang berbeza kaum masih boleh bersatu, formula yang sama perlu digunakan untuk menyatukan orang Melayu,’’ katanya.

(Sumber:Utusan Malaysia Online)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Persatuan cina dan parti politik mereka semakin naik 'tocang' sejak akhir-akhir ini. Kita boleh lihat sikap masyarakat cina di Malaysia ini apabila mereka berkuasa. Mereka ini suka mendesak orang melayu bagi memenuhi tuntutan mereka sedangkan mereka tidak sampai pun 30%! Mereka juga tidak menghormati Raja-Raja melayu dan mempersoalkan hak istimewa orang melayu. Mereka permainkan isu hak asasi manusia apabila polis bertindak menyuraikan demostrasi mereka. Jangan biarkan dendam sesama bangsa menguasai diri orang melayu kerana bangsa lain mengambil kesempatan dalam hal ini. Buangkan sifat 'WAHAN' dalam diri kita umat islam supaya kita akan menjadi lebih kuat!

~ PEMBELA ~